Pendidikan Luqman Abdullah

Beliau mendapat pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas pada 1976 hingga 1980. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Ugama (Arabiah) Pasir Mas dari 1981 hingga 1986. Seterusnya beliau melanjutkan Pengajian Asasi di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri dari 1987 hingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda di Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 1989 hingga 1993. Beliau kemudiannya menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah di Universiti Edinburgh, Scotland hingga 2005 dalam bidang undang-undang harta Islam.